Monday, September 21, 2015

This is Klate. Day 1.2

Sambungan entry dari  Go local, This is Klate. Day 1.1

Masih terlalu awal untuk kitorang boleh check in kat hotel. Kitorang sepakat nak pergi Rantau Panjang. It took almost 45 minutes jugak nak sampai. Dan paling bagusnya bila ikut waze ni dia bawak bukan main road. Kadang lalu kampung kampung. Kadang hutan hutan. Mengikut pada pengalaman yang kononnya dulu tetiap tahun datang Kelantan, kita akan jumpa buddha temple along the way nak pergi Rantau Panjang. Seingat tuan tanah temple tu ada patung buddha yang besar gila tengah duduk dan satu berdiri. Duk la cerita kat kaklong & datin maimon. Sekali rupanya jalan yang kami lalu haritu terjumpa temple lain. Yang ni sleeping buddha uols. 

Siap buat u turn nak pegi jengah jengah temple tu. Masa ni takde orang langsung. Terus tiga tiga takut nak keluar dari kereta. Jadinya tengok dari dalam kereta je la. 

source : google
Oleh kerana rasa seram seram je nak keluar kereta, kitorang baca info pasal ni pun dari dalam kereta tau. Nama temple ni Wat Phothivihan & terletak di area Tumpat. Statue sepanjang 40 meter ni merupakan yang terpanjang di Malaysia, 7 meter lebih panjang dari sleeping buddha yang ada kat Penang. Tak sampai 15 minit pun kitorang kat sini dan teruskan perjalan ke Rantau Panjang. 

Masa sampai di zon bebas cukai ni, baru teringat yang sebahagian kedai kedai yang dari binaan kayu kat situ terlibat dalam kebakaran pada Januari 2014. Masa tuan tanah datang ni kawasan kebakaran tu dah rata dan dah jadi tempat parking. Bagusnya lebih banyak parking, tak bagusnya kedai dah tak banyak woi. Dan tempat tu jadi extra panas sebab kosong gitu je.  


Misi utama kami mencari baju kelawar. Haha. Tapi makanan dilupa jangan. Sempatla rasa colek, rasa satay ikan dan beli sikit buah tangan untuk bawa balik. Too bad baggage allowance ada 15kg je. Murahnya la harga beras wangi siam tu. Takde pulak dia jual size kecik. Kalau tak, yang tu pun tuan tanah beli. Take note. Harga harga barang kat sini way cheaper dari kat Pasar Siti Khadijah & Wakaf Che Yeh. Sayang gila tak beli banyak. Macam cashew nuts tu. Sini 1kg baru RM25 kat Wakaf Che Yeh setengah kilo rm25. 

After like 1 hour spent jalan jalan kat sini kitorang semua setuju nak balik. (sebenarnya nak cari aircond kereta) Cuaca panas terik. Diri sendiri pun dah berjaga dari jam 3 pagi. Memang masing dah start cranky la. Oh ya, kat sini takat tudung ala nelopa tu rm12 jewwww. Tapi kualiti kain dan kelabuhan kain amatlah tidak tuan tanah suka. Dan paling tak bole terima kain tu cotton lycra yang dorang cakap tu tak stretchable langsung. Big NO.  

Dari sini kami terus gerak balik ke Kota Bharu untuk check in hotel & bersihkan diri kejap. Luruskan badan kejap pun ye gak. Tapi kalau dilayan sangat badan ni, sampai subuh esoknya pun boleh tidur kan. Hotel nanti tuan tanah cerita kat entry lain ye.

Petang tu misi kitorang mencari megi ketam di Pantai Cahaya Bulan. Berpandukan hanya gambar dari sepupu kaklong, tanpa tahu nama kedai. Kitorang bole jalan dari kedai ke kedai lain untuk tengok lapik meja diorang warna apa. Memang lawak. Mulanya dah duduk satu kedai ni. Tapi tokey kedai kata ketam habis. Terus pergi kedai lain dan pasrah je la.




Maapkan tuan tanah sebab dah lupa harga megi ketam tu. Antara RM30 ke RM40 rasanya. Sedap sampai terasa manis ketam tu. Dan paling penting ketam tu segar. Kitorang share semangkuk tu bertiga dan amik sikit yang cucuk cucuk goreng ni. 


Makan share share ni selalu rasa extra sedap kan? Tambah tambah dengan bunyi ombak sikit, angin sepoi sepoi. Mana nak dapat kat Klang ni? Sungai Klang ada la. 


Lepas makan kitorang jalan jalan sekitar pantai kejap. Si kaklong ni buat aksi liar panjat tembok tu dan ambil gambar dari batu batu tu. Tuan tanah memang tidok lerrr. 

ni lah hasilnya selepas berapa banyak wefie.

Dari sini kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya. Dengar cerita nasi kerabu kedai seterusnya ni memang mantop.


Kedai Nasi Kerabu Golok ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra dan betul betul tepi jalan besar. Famous dengan nasi kerabu daging bakar atau ayam bakar.


Ayam mantop, sambal budu mantop & surprisingly taugeh tu. Rangup & terasa seasoning. Puas kitorang cuba fikir rasa apa yang ada kat taugeh ni. Takde jawapan sampai sekarang. Macam tuan tanah yang agak tak suka makan taugeh, ni kira taugeh jenis 100% acceptable. No wonder la kedai ni antara yang famous dengan nasi kerabu.

Hari pertama kitorang berakhir disini. Walaupun jam baru lebih kurang pukul 9. Perut kenyang, mata berat. Honestly, semua kedai yang tuan tanah pergi kali ni memang tak pernah tuan tanah jejak sepanjang pergi dengan family. Rasa happy gila dapat enjoy trip ni.

Oklah nanti sambung day 2 pulak ye. Till then. xoxo. 


Saturday, September 05, 2015

Go local, This is Klate. Day 1.1

Assalamualaikum. Hello!

Selepas berkurun lama blog tidak di update, kali ni tuan tanah berkobar nak share pasal trip baru baru ni. Semua sedia maklumla kot yang tuan tanah telah bercuti di Kota Bharu, Kelantan semasa cuti hujung minggu merdeka hari tu. 

Finally, dah ada gambar kat sini. Tapi malu hoi nak posing tengah orang lalu lalang. 

Honestly negeri Kelantan ni bukanlah satu negeri yang tak familiar untuk tuan tanah sebab setiap tahun tuan tanah sefamily mesti akan datang sini. Takde relatives pun. Cuma kitorang memang suka gila gila datang sini untuk family vacation. Paling cool bila Abah bawak kitorang pergi Langkawi for 3 nights pastu dia buat plan tergempar terus ke Kelantan. Imagine barang dalam kereta. Kastam pun confused siap kena explain which barang beli kat which negeri. Too bad kitorang stop pergi sana selepas abah tak sihat. So this time tuan tanah berkesempatan pergi dengan kawan kawan pulak. Excited dia memang lain macam. 


Nasib baiklah dalam ekonomi sekarang kitorang hanya ada tiket bercuti cuti Malaysia je. Tak melibatkan tukaran wang asing. Tetiba teringat pesan ayah datin maimon. "What we can do now is to help our country. Go local" Tapi pada yang dah beli tiket tu nak cakap apa pulak. Takkan nak cancel kan. Pergi je. Tapi financially akan terasa juga la kan. Mohon berjimat cermat ye.

So berbalik pada cerita kitorang. Kali ni tanpa abalong. Padahal kampung abalong yang di Kelantan tapi dia pulak busy dengan events jadi memang good bye lah. Kali ni kitorang berjaya dapat cheap ticket via Malindo Air & flight was at 6.50am. 

I love everything about Malindo Air. Extra legroom, 15kg baggage allowance for domestic flights, seats were slightly wider than Air Asia & even dorang provide inflight entertainment for each seat. Cuma korang kena bawa sendiri earphone lah. Tapi yang tak paham kitorang dah buat web check in dan dah sesiap print out boarding pass sendiri,  tapi kitorang still kena queue kat counter diorang for their "official" boarding pass. Tuan tanah fahamlah kalau nak kena beratur juga untuk check in luggage. Tapi macam kaklong obviously tak checked in luggage pun kena juga beratur for boarding pass. Ada sesapa pernah menghadapi masalah ni? 

Despite that, flight was smooth. Sampai je opkos la tuan tanah kena tunggu luggage. 3 hari 2 malam punya trip pun gigih bawak bag AF okay. Bag kosong la tapi. Settle je semua kami ke bahagian luar airport mencari kedai sewa kereta yang kami dah book sesiap 2 bulan sebelum pergi. Sekali turn out company tu quite besar jugak ek. Hawk Rent A Car  namanya. Kitorang sewa proton saga dengan harga RM100 per day belum masuk GST ye. Tapi kat sini pelik jugak. Dorang prefer korang bayar pakai kredit kad sebab dorang akan amik deposit juga untuk rental ni. Deposit RM500 ye. Bukan sikit sikit. So katala korang sewa 3 hari. RM300 + RM500. Celah mana pulak kitorang bawak duit banyak tu kan. Jadi kalau korang nak sewa kereta, jangan lupa tanya sekali deposit ye. Ke kitorang je tak tau?


Destinasi pertama kitorang singgah adalah Kopitam Kita untuk sarapan pagi. Pehh tu dia. Kedai bukan dalam main road pun. Tapi full house gak la. Dan yang datang bukannya hanya rakyat marhaen, yang berkereta mewah pun ada. Berdebar rasanya nak masuk. Poyo tak? Heheheh


Yang pasti pengunjung kedai ni memang tak putus putus. Takdela jenis pengunjung yang datang akan duduk lepak lepak lepas habis makan. Kopitiam ni dimiliki oleh orang cina tapi pekerjanya semua melayu dan famous dengan menu Roti Titab. Tapi diorang ada jugak macam macam jenis makanan lain yang dah siap dibungkus. Mungkin tu juga salah satu sebab service boleh pantas kan. Tolongla cuba nasi ayam goreng kakwok. Sedap gila.


Ni la rupa roti titab yang famous tu. Roti bakar yang diletak kaya dan telur separuh masak. Cara roti tu dibakar macam kita tengok selalu kedai jual burger buat. Sapu butter dan letak atas kuali. Rasa masin, manis ada. Tapi tuan tanah tak makan telur separuh masak, kembang tekak tengok ni wei. Jadi tuan tanah order yang tanpa telur. Yang gambar kanan tu la nasi ayam goreng kakwok tu. Time type entry ni pun dah rasa kecur air liur. Gulai kosong bodo je, tapi rasa dia lengkap dengan ayam goreng kunyit ni.


Ni menu yang pertama kali kitorang bertiga kenal. Nasi Tumpang namanya. Nasi tu lembik lembik, dan tengah tu ada macam lauk ikan. Tak tau nak describe rasa kari ke apa. Terasa semuanya lembik ditekak dan terus kembang tekak. Tapi habis gak la makan. Nampak ramai jugak orang makan. 

Untuk datang ke Kopitiam Kita, korang boleh waze je nama kedai ni atau guna alamat dibawah

Kopitiam Kita

Taman Desa Jaya
4357-A, Jalan Pengkalan Chepa
15400 Kota Bharu

Operating hours: 7 am - 1 pm

Lepas settle sarapan, kitorang terus ke Rantau Panjang since takleh check in hotel lagi. Risau jugak takut banyak kedai tutup sebab hari Jumaat kan. Selamba redah kasi pecah. 

Till then. xoxo.